Friday, September 2, 2022

SULAM @ SFI -Kumpulan November

 Lagi tentang SFI

Damai

Ringkasan Kajian

Setiap negara mempunyai sistem perundangannya yang tersendiri begitu juga dengan negara Malaysia. Dalam sektor pekerjaan terdapat perundangan yang mengawal perhubungan di antara pihak majikan dan juga pekerja.  Penulisan ini akan menghuraikan tentang konsep Mahkamah Buruh dan juga peranan Mahkamah Buruh. Penulisan ini juga turut menghuraikan tentang isu-isu pekerja di Sabah Forest Industry (SFI) berdasarkan maklumat yang diperoleh ketika program SULAM dijalankan. Metodologi yang digunakan adalah kualitatif dimana pengkaji telah menemu bual pekerja di Sabah Forest Industry (SFI) Hasil kajian mendapati terdapat tiga isu utama. Isu gaji, isu bil elektrik dan bil air dan juga isu bantuan. 

Kata Kunci: Mahkamah Buruh, Sektor Pekerjaan, Sabah Forest Industry (SFI), Isu Gaji