Minggu ke-3 telah berlalu dan kini lebaran kian menghampiri. Mari saksikan kumpulan mereka
unik, berdedikasi, dan berintelek, |
Hari ini bermulanya semester baharu iaitu semester 2 bagi sesi 2023-2024 di kala puasa ramadhon memasuki hari ke-7. Mood raya menyebabkan sebahagian warga mahasiswa meminta agar mode online diaktifkan bagi mengurangkan kos itu dan ini. Apa pun kaedah yang dipersetujui, selamat kembali kepada semua.
Pagi di sini, 6.56 am |
Cuaca panas dan berkabus kini merangsang kami untuk terus Bertekad Cemerlang.
Tugasan bagi kursus AH32503 Undang-Undang Perhubungan Perusahaan. Menampilkan kumpulan Kelisa Production setahun yang lalu..Mari saksikan
Bersiaran dari Pelbagai Lokasi |
Semester diteruskan dengan Tugasan Akhir bagi Para Pelajar Tahun 2 iaitu mengadakan kempen kesedaran berkaitan Undang-Undang Perburuhan.
Maklumat Lanjut
https://ha12umstudent.blogspot.com/p/kup2024.html
Kami merakamkan sejuta penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kempen pada kali ini.
Semoga ianya bermanfaat kepada semua.