Monday, October 30, 2023

KuLiaH BeRSaMa iNDuSTRi

Program ini merupakan salah satu pengisian slot dalam kuliah mingguan pelajar bagi kursus AH30103 Strategi Perundingan dan Timbangtara.

Pelajar Tahun 3 dan Tahun 2

Pelbagai isu telah dikongsikan bagi memberikan perspektif 'pengamal' iaitu JPP sebagai pihak ketiga yang bertanggungjawab menyelesaikan pertikaian perusahaan berkaitan perundingan kolektif.

Perkongsian Bersama

Terima kasih kami ucapkan
pengalaman dan ilmu yang diberikan
Semoga kerjasama terus terjalin
Bersama belajar untuk keharmonian




Wednesday, October 18, 2023

WeLCoMe

 Selamat Datang

Setelah berbulan tidak bersua
kembali ke kampus bersama sama
Setelah penat mendengar suara
duduk bersama merakam rasa

bermula semester 9.10. 2023
lalu kebiasaan diteruskan

Sem 3 Tahun ke-2


Sem 5 Tahun ke-3

Hitam manis si buah manggis
Mari dimakan bersama-sama
Sungguh manis hidup di kampus
Mari penuhkan dengan membaca

Thursday, June 22, 2023

MeReKa@KuLiaH 11

 Sejarah itu unik, mereka belajar dan kini saat untuk kerja lapangan. 

cuaca redup, aku dan mereka

Tradisi teringat dan minggu berikut adalah perayaan

dan mereka lebih cenderung di dalam talian.


Wednesday, June 21, 2023

Minggu ke-12

 Masa terus berlalu dan hari terus bertukar dan kini, pengajian telah memasuki minggu ke-12 yang menghampiri ke hujungnya. Semester kali ini agak panjang disebabkan terdapatnya banyak cuti perayaan dan kami terus berusaha dan bergiat aktif. 

Setelah kembali dari cuti pertengahan semester, tibalah masa untuk melakukan  aktiviti kemasyarakatan bagi pelajar-pelajar tahun akhir. Keputusan telah dibuat untuk mengekalkan aktiviti SULAM di tempat yang sama. 

Berbekalkan pengalaman setahun lepas iaitu 17-19 Jun 2022, persiapan telah dilakukan sejak kuliah pertama iaitu pada 23 Mac 2023 bermula dengan aktiviti KUNCI RUMAH. Aktiviti ini memerlukan setiap calon untuk menghasilkan poster bagi menunjukkan diri mereka dengan tema "aku yang dulu dan aku yang sekarang" melalui platform GLOSSARY.

Seterusnya mereka mula membentuk kumpulan kecil bagi melakukan respon terhadap kajian kes pada minggu ke-7 hingga ke-10 dan melakukan aktiviti WORKSHOP. Setelah itu, mereka digabungkan dalam kumpulan besar yang menggabungkan 2 kumpulan kecil. Hasilnya telah wujud 8 kumpulan besar dengan bilangan ahli sekitar 9 hingga 11 orang.

Menariknya ialah kumpulan ini masih diasaskan pada bulan kelahiran yang sama dan dengan itu maka berkumpul kesemua mereka dalam keadaan suka dan duka.

3 hari di 3 kawasan

Kugigihkan semangat ini kerana generasi ini agak lambat dari segi respon, mungkin kerana susah untuk fokus dan masih belum akrab. Satu demi satu arahan datang di ruangan chat dan disambut dengan pelbagai cara. Dalam situasi masih belum menyiapkan beberapa tugasan lepas, mereka bergerak dengan semangat kekitaan dan untuk mencipta kenangan.

Nantikan laporan lanjut dan khabarnya akan ada pameran di minggu akhir. Good Luck !!


Sunday, May 7, 2023

KoMPiLaSi TeaMWoRK

 Sebulan bersama hasilnya mereka membina


teruskan perjuangan

"coming together is BEGINNING
Keeping together is PROGRESS
Working together is SUCCES"

-Henry Ford-

namun bila bersama selalu halangan datang menjelma.

Monday, April 3, 2023

MiNGGu 2

 Semester 2 telah bermula dan kini memasuki minggu ke-2

Aktiviti telah bermula dan mereka pun beraksi

30323
Membina kumpulan di hari pertama.


Wednesday, March 8, 2023

Sesuatu.

 AKTIVITI 1- MENGIRA ANAK TANGGA

Ringkas dan Peluh


Anda perlu mengira anak tangga di bahagian berikut:

Kumpulan 1: letaknya di tepi, sebelahnya fakulti yang ada sukan, kira semua tingkat.

Kumpulan 2 ; letaknya di tengah, tempat tetamu masuk, kira semua tingkat.

Kumpulan 3: letaknya di tepi, ada jambatan di tingkat satu, kira semua tingkat.

Kumpulan 4: letaknya di tengah tapi di tepi, ada pusat penyelidikan, kira semua tingkat.

Sebelum mengira, anda diminta untuk membuat anggaran terlebih dahulu. Sila tunjukkan anggaran dan jumlah sebenar dalam borang yang disediakan.

Borang bilangan anak tangga


Thursday, March 2, 2023

CuTi SeMeSTeR

 Setelah hampir 15 minggu dalam tempoh perkuliahan, cuti akhirnya tiba...

Selamat menikmati

27.2 hingga 24.3.2023



Monday, February 20, 2023

PeRuNDaNGaN BuRuH

 Bahagian ke-2 Kempen Perundangan dan Realiti Perburuhan di Sabah. Sila saksikan 


Bersama Panel Jemputan:
  1. Puan Engrit Liaw : Setiausaha Agung STIEU (Sabah Timber Industry Employee Union)
  2. Dr. Sharifah Nursyahidah Syed Annuar: UKM
  3. En. Baszley Bee Basrah Bee: UMS


Thursday, February 2, 2023

KeMPeN DaTaNG LaGi

 Setelah berhempas pulas dan di saat akhir, tugasan kempen telah berjaya diadakan dengan jayanya. Tumpuan pada tahun ini adalah berkaitan realiti sebagai perbandingan.

Maklumat lanjut: sila klik 




Tuesday, January 17, 2023

SoMeTHiNG 4 uS

 Tatkala semester memasuki minggu ke-12, terhasil video rangkuman dan ringkasan kursus AH20203 dengan tajuk INTRO.


Bahan-Bahan:
  1. Foto Kelas
  2. Poster Kuliah Mingguan
  3. Aktiviti Forum
  4. Aktiviti Wiki


Sunday, January 1, 2023

2023- SeLaMaT DaTaNG- Team Work 21

 Lama tiada update, meski semester telah hampir sampai ke penghujungnya. Masih menyesuaikan diri setelah lama berjauhan.

tugasan Kumpulan kembali

Nantikan


Setelah berkali-kali peringatan.