Thursday, June 22, 2023

MeReKa@KuLiaH 11

 Sejarah itu unik, mereka belajar dan kini saat untuk kerja lapangan. 

cuaca redup, aku dan mereka

Tradisi teringat dan minggu berikut adalah perayaan

dan mereka lebih cenderung di dalam talian.


Wednesday, June 21, 2023

Minggu ke-12

 Masa terus berlalu dan hari terus bertukar dan kini, pengajian telah memasuki minggu ke-12 yang menghampiri ke hujungnya. Semester kali ini agak panjang disebabkan terdapatnya banyak cuti perayaan dan kami terus berusaha dan bergiat aktif. 

Setelah kembali dari cuti pertengahan semester, tibalah masa untuk melakukan  aktiviti kemasyarakatan bagi pelajar-pelajar tahun akhir. Keputusan telah dibuat untuk mengekalkan aktiviti SULAM di tempat yang sama. 

Berbekalkan pengalaman setahun lepas iaitu 17-19 Jun 2022, persiapan telah dilakukan sejak kuliah pertama iaitu pada 23 Mac 2023 bermula dengan aktiviti KUNCI RUMAH. Aktiviti ini memerlukan setiap calon untuk menghasilkan poster bagi menunjukkan diri mereka dengan tema "aku yang dulu dan aku yang sekarang" melalui platform GLOSSARY.

Seterusnya mereka mula membentuk kumpulan kecil bagi melakukan respon terhadap kajian kes pada minggu ke-7 hingga ke-10 dan melakukan aktiviti WORKSHOP. Setelah itu, mereka digabungkan dalam kumpulan besar yang menggabungkan 2 kumpulan kecil. Hasilnya telah wujud 8 kumpulan besar dengan bilangan ahli sekitar 9 hingga 11 orang.

Menariknya ialah kumpulan ini masih diasaskan pada bulan kelahiran yang sama dan dengan itu maka berkumpul kesemua mereka dalam keadaan suka dan duka.

3 hari di 3 kawasan

Kugigihkan semangat ini kerana generasi ini agak lambat dari segi respon, mungkin kerana susah untuk fokus dan masih belum akrab. Satu demi satu arahan datang di ruangan chat dan disambut dengan pelbagai cara. Dalam situasi masih belum menyiapkan beberapa tugasan lepas, mereka bergerak dengan semangat kekitaan dan untuk mencipta kenangan.

Nantikan laporan lanjut dan khabarnya akan ada pameran di minggu akhir. Good Luck !!