Monday, April 13, 2020

TAJUK KAJIAN : KHIDMAT NASIHAT

SENARAI AHLI KUMPULAN 7 :
1. Jalaludin Bin Abd Jalil
2. Muhd Irfan Bin Sarin
3. Mohd Fazreen Bin Mohd Johan
4. Elysha Airul Ain Binti Jory Sham
5. Lee Shir Woei
6. Nadzirah Hj Mohd Saidin
7. Nurul Alyani Binti Alif
8. Mohd Saiful Bin Zaidi


PENGENALAN
Khidmat nasihat merupakan salah satu perkhidmatan utama Jabatan yang diberikan secara percuma kepada para pelanggan jabatan yang terdiri daripada pihak majikan, pekerja serta orang awam berhubung sebarang permasalahan atau kemusykilan mengenai hak-hak pekerja dan kewajipan majikan di bawah undang-undang statutori perburuhan.


PERMASALAHAN KAJIAN
Aziz (1993) mendefinisikan kaunseling sebagai proses seorang kaunselor menolong individu-individu secara memberi bimbingan dan nasihat bagi membuat pilihan atau keputusan sendiri untuk mencapai sesuatu matlamat. Pekerja hari ini memerlukan kaunseling baik yang bekerja di sektor kerajaan, swasta mahupun yang bekerja sendiri. Keperluan terhadap pentingnya fungsi dan peranan kaunseling tidak boleh dinafikan lagi (Mansur, 1998).  Tambahan pula, pekerja di pelbagai peringkat seperti pengurusan atasan, pertengahan mahu pun d peringkat bawahan sering menghadapi pelbagai masalah dalam pekerjaan. Antara masalah-masalah yang biasa dihadapi  ialah masalah stress, hubungan majikan dan pekerja, prestasi pekerjaan yang merosot, low self esteem, dan kegagalan dalam berkomunikasi (Robin, 1998). 
Dalam kajian ini, masalah-masalah yang timbul inilah yang menyebabkan seseorang pekerja, majikan, mahu pun orang awam memerlukan bantuan dari segi rawatan kaunseling berhubung dengan sebarang permasalahan atau kemusykilan mengenai hak-hak pekerja dan kewajipan majikan dibawah undang-undang statutori perburuhan. Justeru itu, penyediaan perkhidmatan khidmat nasihat atau bentuk terapi kaunseling perlu dilaksanakan dan amat digalakkan untuk merawat pekerja, majikan atau orang awam yang mengalami masalah-masalah tersebut.

PERSOALAN KAJIAN
1. Bagaimanakah bentuk khidmat nasihat yang dapat diberikan kepada majikan dan pekerja yang menghadapi permasalahan dalam organisasi?

2. Sejauhmanakah proses khidmat nasihat dapat membantu para pekerja dan majikan yang menghadapi masalah dan kesulitan dalam organisasi?

3. Sejauhmanakah bentuk cabaran yang dihadapi ketika mengendalikan proses khidmat nasihat kepada para majikan dan pekerja?

OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenalpasti jenis khidmat nasihat yang disediakan oleh pihak Jabatan Tenaga Kerja 

2. Mengkaji proses kemudahan khidmat nasihat terhadap pekerja pekerja di Malaysia 

3. Mengenalpasti cabaran dalam mengendalikan kemudahan khidmat nasihat di Malaysia

KAEDAH KAJIAN
Didalam penyelidikan ini, penyelidik menggunakan Kaedah Kualitatif. Pengkaji memilih kaedah kajian kualitatif atas dasar-dasar tertentu, iaitu mengkaji secara terperinci mengenai sesuatu topik atau isu. Maklumat atau informasi yang diperlukan berdasarkan objektif kajian lebih jelas dan mudah untuk diperolehi kerana pengkaji akan bertemu secara lansung dengan responden.

1)TEMUBUAL
Dalam kajian ini pengkaji menggunakan teknik temubual mendalam iaitu temubual secara terperinci berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan dan apa-apa yang disampaikan oleh responden merupakan data penting dalam kajian. Temubual mendalam bersifat luas, terbuka, tidak terstruktur, dan tidak semestinya bersifat tetap.

2) PENYELIDIKAN PERPUSTAKAAN
Pengkaji juga mengumpul data melalui penyelidikan perpustakaan. Penyelidikan perpustakaan termasuklah pengumpulan data melalui analisis dokumen. Analisis dokumen adalah pecahan kaedah pengumpulan data penyelidikan daripada analisis kandungan yang merupakan huraian objektif terhadap mesej komunkasi yang telah dicetak, disiarkan atau digambarkan. Analisis dokumen misalnya melalui pelbagai sumber rujukan seperti jurnal, buku-buku, internet dan sebagainya.


KESIMPULAN
Secara kesimpulan, khidmat nasihat merupakan suatu perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Tenaga Kerja kepada pihak majikan, pekerja atau pihak yang berkaitan. Khidmat nasihat ini bertujuan untuk mengurangkan pelanggaran undang-undang atau mengurangkan aduan oleh pihak pekerja dan majikan. Selain itu, khidmat nasihat ini juga dapat memberi kefahaman mengenai hak dan kewajipan masing-masing di bawah kontrak perkhidmatan pekerjaan. Perkhidmatan ini adalah percuma dan pihak yang berkaitan dengan hak-hak atau kewajipan maijkan atau pekerja boleh mendapatkan khidmat nasihat secara langsung di Pejabat Tenaga Kerja di seluruh negara

Sunday, April 12, 2020

Law vs Justice

Meskipun secara idealnya undang-undang diwujudkan untuk menegakkan keadilan, namun dalam sesetengah keadaan terdapat pertentangan antara kedua-duanya.

Mari fahami dalam situasi berikut:


secara perundangan, hujah kedua-dua pihak adalah betul berdasarkan kes
namun segi keadilan, nampaknya penghakiman lebih cenderung kepada pihak pendakwa meskipun hujah peguambela jelas.

saksikan keseluruhan filem itu yang diinspirasikan dari kisah benar.

Saturday, April 11, 2020

The Rules Of Law

What is the rule of law?
In easy context, we can ask about is the purposed of law in the related context.

Here some related explanations:

According to Tamanaha (2012) in the chapter about  the history and element of the rule of law provide some explanations:

"II. Definition of the Rule of Law Here is the definition:

The rule of law means that government officials and citizens are bound by and abide by the law. I repeat: government officials and citizens are bound by and abide by the law. This is a simple and basic definition.

I have selected it because it is a proposition that everyone who thinks about the topic would agree with. Many who write about the rule of law would add more than this, but no one would say that the rule of law involves less than this.

It is the minimum content of the rule of law. A society in which government officials and citizens are bound by and abide by the law is a society that lives under the rule of law. While this definition is basic, it is not empty. A number of requirements and implications immediately follow from it.

This definition requires that there must be:

  1.  A system of laws—and law by its nature involves rules set forth in advance that are stated in general terms. A particular decision or an order made for an occasion is not a rule. 
  2. The law must be generally known and understood. The requirements imposed by the law cannot be impossible for people to meet. 
  3. The laws must be applied equally to everyone according to their terms. 
  4. There must be mechanisms or institutions that enforce the legal rules when they are breached.
(Source: CLICK HERE)

Thinking;
Based on that explanation, we can understand how the important of law to secure the concept of Justice, secure and fairness in our society.
Some effort to enhance that by WORLD JUSTICE PROJECT

Thursday, April 9, 2020

KeSeDaRaN PeKeRJa

Selain majikan, semua yang bekerja boleh dianggap sebagai pekerja dan mereka tergolong dalam pelbagai jenis pekerjaan.
Namun begitu, dalam konteks perundangan, penentuan pekerja boleh dilakukan dengan menggunakan beberapa alat kawalan. Antaranya ialah dengan melihat kepada kontrak perkhidmatan.

Lebih dari itu, apakah tahap kesedaran para pekerja berkaitan perlindungan dan hak mereka dalam undang-undang pekerjaan?

Contoh kajian berkaitan kesedaran pekerja:

TAHAP KESEDARAN PEKERJA HUBUNGANNYA DENGAN SALAH LAKU GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA
Khairunesa Isa1 , Sazali Samad 2
1Universiti Tun Hussein Onn Malaysia nesa@uthm.edu.my 2Universiti Teknologi Malaysia

Matlamat utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kesedaran pekerja SAJ Holding Sdn. Bhd. Terhadap takrifan gangguan seksual di tempat kerja. Selain itu di harapkan hasil kajian ini dapat membantu pihak syarikat dalam meningkatkan tahap kesedaran seksual di kalangan pekerjanya supaya pekerja lebih yakin dengan langkahlangkah yang diambil oleh majikan dan seterusnya dapat menjamin suasana yang bebas dan selamat dari aspek gangguan seksual di tempat kerja.

Kajian ini mendapati bahawa:
(i) Mengenalpasti hubungan antara tahap kesedaran pekerja dari sudut takrifan gangguan seksual dengan faktor umur, pengalaman kerja, jawatan dan jantina di tempat kerja. Analisis Korelasi Pearson telah di gunakan untuk melihat hubungan ini. Dapatan menunjukkan wujudnya hubungan antara kesedaran pekerja dari segi takrifan gangguan seksual dengan faktor umur, pengalaman kerja, jawatan kerja. Mana kala hubungan bagi faktor jantina dengan kesedaran terhadap takrifan gangguan seksual adalah negatif dan lemah. Walau pun wujudnya hubungan antara faktor umur, pengalaman kerja, jawatan dan jantina dengan kesedaran pekerja terhadap takrifan gangguan seksual namun semua hubungan tidak mempunyai hubungan yang signifikan

(ii) Mengenal pasti tahap kesedaran pekerja SAJ Holding Sdn. Bhd. terhadap gangguan seksual di tempat kerja.

Dapatan menunjukkan bahawa majoriti responden tidak sedar dan tidak faham dengan Kod Amalan untuk mencegah dan membasmi gangguan seksual di tempat kerja yang diperkenalkan oleh Kementerian Sumber Manusia. Purata skor min bagi elemen ini berada pada tahap yang rendah iaitu 2.15. Sebahagian besar responden tidak pernah (59.3%) mendengar mengenai Kod Amalan untuk mencegah dan membasmi gangguan seksual di tempat kerja.

SUMBER; KLIK SINI

Begitulah keadaannya, mungkinkah keadaan yang sama turut berlaku di tempat lain?

Tuesday, April 7, 2020

Kes Buruh 2017 JTK Sabah

Kes-kes buruh melibatkan :
1) Kes Aduan
2) Kes Tuntutan

Pada tahun 2017, JTKS telah mengendalikan sebanyak 1, 565 kes.
Daripada kes tersebut, sebanyak 1,453 kes telah berjaya diselesaikan.

Jadual 1

Sumber: Laman Web

Berdasarkan bilangan tersebut, pecahan kes yang diselesaikan adalah seperti berikut:

Sumber: Laman Web
Sehubungan dengan itu, jumlah bayaran yang telah diperintahkan adalah seperti berikut:

Sumber: Laman Web

Dengan itu, terdapat beberapa implikasi terhadap hubungan pekerjaan.

Monday, April 6, 2020

Kumpulan 3



 Pendakwaan dan Kompaun

Ahli Kumpulan 3

Asrinah Salleh, Blminah Ali, Nadzlina Mohamadjid, Nor Khalidah Khalid, Norshuhaila Samsudin, Nurul Sahkirah Abd Rahman, Siti Harisah Binti Abdul Rahman ,Siti Zulaika Binti John 

Pengenalan

Menurut Akta kerja 1955 Seksyen 101A, mana-mana kesalahan yang dilakukan di bawah akta dan peraturan ini boleh dikompaun setelah mendapat izin daripada pendakwa raya. Sehubungan itu, Pendakwaan ialah merupakan satu perbuatan mendakwa yang mana di setiap sudut undang-undang di Malaysia mempunyai sebuah unit pendakwaan dan berperanan untuk mengemukakan orang yang tertangkap atau orang yang melakukan kesalahan bagi dihadapkan ke mahkamah. Manakala, kompaun merupakan denda yang dibayar dengan tidak perlu melalui pendakwaan di mahkmah ataupun kedua-duanya sekali. Perkara ini turut di sentuh dalam beberapa seksyen Akta kerja 1955, Akta Majlis Perundingan gaji negara dan Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja. Peruntukan ini juga turut terdapat dalam Ordinan Buruh Sabah, Bab 67.


Permasalahan kajian

Beberapa permasalahan berkaitan iaitu kemungkinan terdapatnya situasi berikut:

  1. Masyarakat kurang pendedahan akan undang-undang mengenai pendakwaan dan kompaun.
  2. Masyarakat kurang pendedahan mengenai isu-isu mengenai pendakwaan dan kompaun.
  3. Kegagalan majikan dalam mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.

Persoalan Kajian

  1. Apakah isu-isu yang berkaitan dengan pendakwaan dan kompaun?
  2. Apakah undang-undang yang termaktub bagi isu kesalahan pendakwaan dan kompaun
  3. Apakah perkaitan isu-isu pendakwaan dan kompaun dengan Ordinan Buruh Sabah (Bab 67)
Objektif Kajian

  1. Mengenalpasti isu-isu yang berkaitan dengan pendakwaan dan kompaun.
  2. Mengkaji undang-undang yangg termaktub bagi kesalahan pendakwaan dan kompaun.
  3. Mengenalpasti perkaitan isu-isua pendakwaan dan kompaun dengan Ordinan Buruh Sabah (Bab 67)

Sunday, April 5, 2020

Memahami Undang-Undang

Terdapat pelbagai kaedah untuk memahami sesuatu perkara, antaranya secara mudah atau secara susah. Maksud mudah ialah penjelasan yang ringkas manakala secara susah melibatkan huraian dan kaitan dengan pelbagai perkara.

Undang-undang mengikut Istilah

The law is a system of rules that a society or government develops in order to deal with crime, business agreements, and social relationships. You can also use the law to refer to the people who work in this system.

Sumber: Collins Dictionary

Makna Mendalam

Sebuah petikan dari buku yang ditulis pada tahun 1961 yang menerangkan berkaitan konsep LAW"

"FEw questions concerning human society have been asked with such persistence and answered by serious thinkers in so many diverse, strange, and even paradoxical ways as the question
'What is law?' 
Even if we confine our attention to the legal theory of the last 150 years and neglect classical and medieval speculation about the 'nature' of law, we shall find a situation not paralleled in any other subject systematically studied as a separate academic discipline. No vast literature is dedicated to answering the questions 'What is chemistry?' or 'What is medicine?',

as it is to the question 'What is law?' A few lines on the opening page of an elementary textbook is all that the student of these sciences is asked to consider; and the answers he is given are of a very different kind from those tendered to the student of law.

No one has thought it illuminating or important to insist that medicine is 'what doctors do about illnesses', or 'a prediction of what doctors will do', or to declare that what is ordinarily recognized as a characteristic, central part of chemistry, say the study of acids, is not really part of chemistry at all. Yet, in the case of law, things which at first sight look as strange as these have often been said, and not only said but urged with eloquence and passion, as if they were revelations of truths about law, long obscured by gross misrepresentations of its essential nature.

Sumber dan bacaan lanjut KLIK SINI