SULAM@SFI 2022

.0 Pengenalan

2.0 SULAM -(Service Learning Malaysia-University for Society)

Apakah sulam ini dan kenapa ia perlu dilaksanakan? Beberapa hasil bacaan telah dapat ditemui, jadi bacalah ia sebagai rujukan.

SULAM@UUM.

SULAM adalah salah satu elemen Pembelajaran Berimpak Tinggi (HIEPs; High Impact Educational Practices), yang diberikan penekanan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Justeru, ia perlu diterapkan dalam sesuatu program akademik dengan cara yang lebih berstruktur dan sistematik. Oleh itu, pembangunan garis panduan bagi pelaksanaan Sulam di UUM adalah penting untuk menambahbaik praktis pelaksanaan SULAM ini. 

Perkhidmatan komuniti SULAM boleh didefinisikan sebagai perkhidmatan yang dikenalpasti oleh Institusi Pengajian Tinggi melalui konsultasi secara formal atau tidak formal dengan organisasi, kerajaan dan komuniti yang tidak berasaskan keuntungan bagi menambahbaik kualiti kehidupan komuniti yang terlibat


Impak Sulam:

SULAM memberi impak positif kepada pelajar, universiti, komuniti, industri dan pihak berkepentingan yang lain. 

SULAM mampu menyumbang untuk meningkatkan kemahiran insaniah pelajar seperti kemahiran penyelesaian masalah. SULAM juga berupaya untuk meningkat peranan universiti sebagai agen perubahan komuniti dengan menawarkan khidmat komuniti kepada masyarakat sasaran. 

Pada masa yang sama, menerusi projek SULAM, universiti mampu menjalinkan hubungan erat dengan industri, kerajaan dan komuniti (Quadraple-Helix Model) yang dapat menjamin kelestarian projek SULAM dan menyumbang kepada keperluan masyarakat setempat untuk jangka masa yang panjang.

bacaan lanjut sila rujuk dokumen: Garis Panduan SULAM UUM (Edisi 1.0)

Sehubungan dengan itu, aktiviti ini dilakukan berdasarkan 4 fasa yang berbeza iaitu:

sebelum semasa dan selepas aktiviti dijalankan seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah:


Sumber:  Garis Panduan SULAM UUM (Edisi 1.0)


3.0 PERANCANGAN SEBELUM

Peringkat pertama iaitu sebelum merangkumi proses merancang yang dikenali juga sebagai proses MENGANALISIS DAN DIIKUTI oleh PROSES MERANGKA STRUKTUR aktiviti.

4.0 PERANCANGAN SEMASA

Peringkat ini merupakan suatu fasa di mana pelaksanaan dilakukan bersama komuniti yang dipilih yang dikenali sebagai EXECUTING

5.0 PERANCANGAN SELEPAS

Fasa terakhir pula melibatkan proses REFLEKSI iaitu pelajar memberi komen terhadap pengalaman yang telah mereka perolehi.


6.0 CONTOH PROJEK 

berikut antara beberapa aktiviti yang pernah dilakukan yang mungkin dapat dikategorikan sebagai SULAM.

Jelajah ilmu

7.0 CONTOH LAPORAN AKHIR

Disertakan beberapa contoh laporan yang tersedia di alam maya

8.0 BACAAN TAMBAHAN

Beberapa rujukan bagi membantu anda meluaskan pemahaman berkaitan projek SULAM


4.0 PAMERAN HASIL SULAM

Table of contents

1. 4.2 HARI PERTAMA[edit]

2. 4.3. HARI KEDUA[edit]

3. 4.4. HARI KETIGA[edit]

4. 4.5 MAJLIS PENUTUPAN[edit]

5. 4.6 OUTPUT SULAM[edit]

SELAMAT DATANG 


Program telah selamat diadakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Sehubungan dengan itu, ruangan ini akan memaparkan hasil pembelajaran yang telah dilakukan sepanjang 3 hari aktiviti dijalankan.


Sebagai pembuka bicara izinkan pihak kami untuk menyampaikan sebuah pantun, 


🌸Sirih berlipat sirih pinang,🌸

🌸Sirih dari Pulau Mutiara,🌸

🌸Pemanis kata selamat datang,🌸 

🌸Awal Bismillah pembuka bicara.🌸 


🌼Mencari timba si anak dara,🌼

🌼Di bawah sarang burung tempua,🌼

🌼Salam sembah pembuka bicara,🌼 

🌼SELAMAT DATANG UNTUK SEMUA.🌼 


Sebelum itu, diperkenalkan barisan ahli jawatankuasa yang menjayakan PAMERAN HASIL SULAM bersama Sabah Forest Industries (SFI)


Pengarah: Amelia Binti Suklen

Timbalan pengarah: Nazuhatul Atirah Binti Seidi

Setiausaha:  Norhanipah Binti Mahalan

Timbalan setiausaha: Phichittra A/P Eh Chum 


🌷Poster Ringkas Aktiviti Sulam🌷



SILA KLIK AKTIVITI DI BAWAH UNTUK LAPORAN LENGKAP.

4.1 LAWATAN AWAL KE KAWASAN YANG AKAN DIJALANKAN SULAM

4.2 HARI PERTAMA

Hujan lebat membasahi bumi tidak menghalang hari pertama menjalankan aktiviti Sulam. Gambar di bawah menunjukkan pelajar akan berangkat ke sepitang untuk menjalankan aktiviti Sulam.


4.3. HARI KEDUA

4.4. HARI KETIGA

4.5 MAJLIS PENUTUPAN

4.6 OUTPUT SULAM


update:10.2.2023

No comments:

Post a Comment