Tuesday, June 11, 2024

SuLaM LaGi @ 2024

 Alhamdulillah, apa yang dirancang telah dilaksanakan meski rintangan selalu ada. Namun kali ini sesuatu yang berbeza kerana kemajuan perancangan hanya dilakukan semasa kuliah dan mereka kurang merespon di dunia maya. Mingu demi minggu dan setiap dari mereka telah menjalankan fungsi masing-masing.

08.06.2024
Lawatan kali ini mendapat izin untuk memasuki sebahagian kawasan SFI atas faktor keselamatan. Pergerakan bermula dengan taklimat ringkas dari Tuan Arif yang kemudian membawa para pelajar memasuki bangunan pentadbiran / Pejabat. Di dalam pejabat, para pelajar diberikan peluang untuk menemubual beliau dan melihat keadaan sekeliling dari tingkat bawah ke tingkat atas.

Meski hanya seketika, diharapkan para pelajar dapat merasai sedikit dari sekian banyak peristiwa yang telah berlaku dalam Bandar Kecil ini.

Laporan dan gambar serta video akan menyusul maklumlah 87 orang pelajar yang setiap satunya adalah wartawan sambilan pada hari kejadian.

Terima kasih dan sejuta penghargaan kepada semua pihak yang telah bersama kami:
  1. Para Penaja Kewangan
  2. Pihak Pengurusan SFI
  3. Pihak Kedekanan Fakulti FSSK
  4. Pihak Program Hubungan Industri
  5. Pihak JPP UMS- Pengangkutan
  6. Ibu-Bapa yang hadir
  7. Barisan Majlis Eksekutif dan AJK Perlaksana
  8. Para Pelajar yang sedia dengan yurannya
  9. Penyedia Makanan
  10. Penyedia Penginapan
dan sesiapa sahaja yang telah mendoakan dan memberi sokongan kepada program yang dijalankan.


Semoga SFI dapat dikembalikan!!!