Monday, February 23, 2026

KiSaH CuTi SeMeSTer

 Sempena bulan ramadhon dan mereka lagi sedang bermalas-malasan.


Nantikan hasil lakonan dari mereka

Monday, March 17, 2025

AH32503 ROLE PLAY

 Sempena pembukaan minggu pertama untuk semester 2 sesi 2024-2025, mari saksikan video role play dari pelajar


Watak dan jalan cerita adalah disesuaikan dari Kes yang dikaji dan bertujuan untuk pembejaran semata-mata.

Selamat menonton dan teruskan kesedaran tentang pentingnya semangat perundangan

Friday, January 17, 2025

AH20203 2324

 Kerja Lapangan ke JTK Sabah

 Jabatan Tenaga Kerja ditubuhkan bertujuan mengendalikan aduan pekerja dengan adil dan saksama serta melindungi pekerja yang yang di tindas oleh majikan. Dengan adanya, jabatan ini hak kebajikan pekerja dapat dilindungi terutamanya berkaitan gaji.

Saksikan Video


Kumpulan KEJORA

ni adalah ruang rumahku syurgaku bagi kumpulan KEJORA. Mengapa kami menamakan kumpulan ini dengan aksara Kejora? Seperti semua tahu kejora ini merupakan bintang yang paling bersinar dan berkilau diantara semua bintang. Maka kejora ini menjadi simbolik kepada  kami yang berhasrat menjadi satu kumpulan yang dapat menerangi semua kumpulan yang ada. Menerangi dari segi penyampaian maklumat, berkongsi maklumat untuk manfaat bersama.  Kejora juga  merupakan simbolik bintang yang bersinar dalam sebuah kegelapan dan begitu juga dengan kumpulan kami yang akan sentiasa memberi fokus pencahayaan yang lebih terang kerana kumpulan kami ditakdirkan untuk saling tolong-menolong antara sama lain untuk menyiapkan tugasan terhadap subjek Undang-Undang Perburuhan DI Malaysia.

Thursday, January 9, 2025

WeBiNaR PeRuNDaNGaN 2025

 Beberapa kali telah ditangguhkan, seminar pada kali ini diadakan lebih awal berbanding semester lepas. Mereka bertindak secara sendiri dan sedikit bimbingan di saat akhir. Terima kasih kepada ahli panel yang telah bersama berkongsi pengetahuan dan pengalaman

Webinar Berlangsung

Juga kepada para pelajar yang telah dibahagikan kepada 3 kumpulan besar iaitu sebelum, semasa dan selepas webinar diadakan.

AJK Perlaksana sebelum Bersiaran

Semoga kerjasama ini akan memberi manfaat kepada semua.

Rakaman WEBINAR


MINGGU 12 SESI PERKULIAHAN


Tuesday, June 11, 2024

SuLaM LaGi @ 2024

 Alhamdulillah, apa yang dirancang telah dilaksanakan meski rintangan selalu ada. Namun kali ini sesuatu yang berbeza kerana kemajuan perancangan hanya dilakukan semasa kuliah dan mereka kurang merespon di dunia maya. Mingu demi minggu dan setiap dari mereka telah menjalankan fungsi masing-masing.

08.06.2024
Lawatan kali ini mendapat izin untuk memasuki sebahagian kawasan SFI atas faktor keselamatan. Pergerakan bermula dengan taklimat ringkas dari Tuan Arif yang kemudian membawa para pelajar memasuki bangunan pentadbiran / Pejabat. Di dalam pejabat, para pelajar diberikan peluang untuk menemubual beliau dan melihat keadaan sekeliling dari tingkat bawah ke tingkat atas.

Meski hanya seketika, diharapkan para pelajar dapat merasai sedikit dari sekian banyak peristiwa yang telah berlaku dalam Bandar Kecil ini.

Laporan dan gambar serta video akan menyusul maklumlah 87 orang pelajar yang setiap satunya adalah wartawan sambilan pada hari kejadian.

Terima kasih dan sejuta penghargaan kepada semua pihak yang telah bersama kami:
  1. Para Penaja Kewangan
  2. Pihak Pengurusan SFI
  3. Pihak Kedekanan Fakulti FSSK
  4. Pihak Program Hubungan Industri
  5. Pihak JPP UMS- Pengangkutan
  6. Ibu-Bapa yang hadir
  7. Barisan Majlis Eksekutif dan AJK Perlaksana
  8. Para Pelajar yang sedia dengan yurannya
  9. Penyedia Makanan
  10. Penyedia Penginapan
dan sesiapa sahaja yang telah mendoakan dan memberi sokongan kepada program yang dijalankan.


Semoga SFI dapat dikembalikan!!!


Monday, March 18, 2024

SeLaMaT KeMBaLi-

 Hari ini bermulanya semester baharu iaitu semester 2 bagi sesi 2023-2024 di kala puasa ramadhon memasuki hari ke-7. Mood raya menyebabkan sebahagian warga mahasiswa meminta agar mode online diaktifkan bagi mengurangkan kos itu dan ini. Apa pun kaedah yang dipersetujui, selamat kembali kepada semua.

Pagi di sini, 6.56 am

Cuaca panas dan berkabus kini merangsang kami untuk terus Bertekad Cemerlang.

Wednesday, March 13, 2024

ViDeo Main PeRaN

 Tugasan bagi kursus AH32503 Undang-Undang Perhubungan Perusahaan. Menampilkan kumpulan Kelisa Production setahun yang lalu..Mari saksikan



109 views Feb 2, 2023

Semoga semuanya tetap bertahan dengan kehidupan di luar sana

Sunday, January 21, 2024

KeMPeN PeRBuRuHaN 2024

 

Bersiaran dari Pelbagai Lokasi

Semester diteruskan dengan Tugasan Akhir bagi Para Pelajar Tahun 2 iaitu mengadakan kempen kesedaran berkaitan Undang-Undang Perburuhan.

Maklumat Lanjut 

https://ha12umstudent.blogspot.com/p/kup2024.html

Kami merakamkan sejuta penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kempen pada kali ini.

Semoga ianya bermanfaat kepada semua.

Monday, October 30, 2023

KuLiaH BeRSaMa iNDuSTRi

Program ini merupakan salah satu pengisian slot dalam kuliah mingguan pelajar bagi kursus AH30103 Strategi Perundingan dan Timbangtara.

Pelajar Tahun 3 dan Tahun 2

Pelbagai isu telah dikongsikan bagi memberikan perspektif 'pengamal' iaitu JPP sebagai pihak ketiga yang bertanggungjawab menyelesaikan pertikaian perusahaan berkaitan perundingan kolektif.

Perkongsian Bersama

Terima kasih kami ucapkan
pengalaman dan ilmu yang diberikan
Semoga kerjasama terus terjalin
Bersama belajar untuk keharmonian




Wednesday, October 18, 2023

WeLCoMe

 Selamat Datang

Setelah berbulan tidak bersua
kembali ke kampus bersama sama
Setelah penat mendengar suara
duduk bersama merakam rasa

bermula semester 9.10. 2023
lalu kebiasaan diteruskan

Sem 3 Tahun ke-2


Sem 5 Tahun ke-3

Hitam manis si buah manggis
Mari dimakan bersama-sama
Sungguh manis hidup di kampus
Mari penuhkan dengan membaca

Thursday, June 22, 2023

MeReKa@KuLiaH 11

 Sejarah itu unik, mereka belajar dan kini saat untuk kerja lapangan. 

cuaca redup, aku dan mereka

Tradisi teringat dan minggu berikut adalah perayaan

dan mereka lebih cenderung di dalam talian.


Wednesday, June 21, 2023

Minggu ke-12

 Masa terus berlalu dan hari terus bertukar dan kini, pengajian telah memasuki minggu ke-12 yang menghampiri ke hujungnya. Semester kali ini agak panjang disebabkan terdapatnya banyak cuti perayaan dan kami terus berusaha dan bergiat aktif. 

Setelah kembali dari cuti pertengahan semester, tibalah masa untuk melakukan  aktiviti kemasyarakatan bagi pelajar-pelajar tahun akhir. Keputusan telah dibuat untuk mengekalkan aktiviti SULAM di tempat yang sama. 

Berbekalkan pengalaman setahun lepas iaitu 17-19 Jun 2022, persiapan telah dilakukan sejak kuliah pertama iaitu pada 23 Mac 2023 bermula dengan aktiviti KUNCI RUMAH. Aktiviti ini memerlukan setiap calon untuk menghasilkan poster bagi menunjukkan diri mereka dengan tema "aku yang dulu dan aku yang sekarang" melalui platform GLOSSARY.

Seterusnya mereka mula membentuk kumpulan kecil bagi melakukan respon terhadap kajian kes pada minggu ke-7 hingga ke-10 dan melakukan aktiviti WORKSHOP. Setelah itu, mereka digabungkan dalam kumpulan besar yang menggabungkan 2 kumpulan kecil. Hasilnya telah wujud 8 kumpulan besar dengan bilangan ahli sekitar 9 hingga 11 orang.

Menariknya ialah kumpulan ini masih diasaskan pada bulan kelahiran yang sama dan dengan itu maka berkumpul kesemua mereka dalam keadaan suka dan duka.

3 hari di 3 kawasan

Kugigihkan semangat ini kerana generasi ini agak lambat dari segi respon, mungkin kerana susah untuk fokus dan masih belum akrab. Satu demi satu arahan datang di ruangan chat dan disambut dengan pelbagai cara. Dalam situasi masih belum menyiapkan beberapa tugasan lepas, mereka bergerak dengan semangat kekitaan dan untuk mencipta kenangan.

Nantikan laporan lanjut dan khabarnya akan ada pameran di minggu akhir. Good Luck !!


Sunday, May 7, 2023

KoMPiLaSi TeaMWoRK

 Sebulan bersama hasilnya mereka membina


teruskan perjuangan

"coming together is BEGINNING
Keeping together is PROGRESS
Working together is SUCCES"

-Henry Ford-

namun bila bersama selalu halangan datang menjelma.

Monday, April 3, 2023

MiNGGu 2

 Semester 2 telah bermula dan kini memasuki minggu ke-2

Aktiviti telah bermula dan mereka pun beraksi

30323
Membina kumpulan di hari pertama.


Wednesday, March 8, 2023

Sesuatu.

 AKTIVITI 1- MENGIRA ANAK TANGGA

Ringkas dan Peluh


Anda perlu mengira anak tangga di bahagian berikut:

Kumpulan 1: letaknya di tepi, sebelahnya fakulti yang ada sukan, kira semua tingkat.

Kumpulan 2 ; letaknya di tengah, tempat tetamu masuk, kira semua tingkat.

Kumpulan 3: letaknya di tepi, ada jambatan di tingkat satu, kira semua tingkat.

Kumpulan 4: letaknya di tengah tapi di tepi, ada pusat penyelidikan, kira semua tingkat.

Sebelum mengira, anda diminta untuk membuat anggaran terlebih dahulu. Sila tunjukkan anggaran dan jumlah sebenar dalam borang yang disediakan.

Borang bilangan anak tangga


Thursday, March 2, 2023

CuTi SeMeSTeR

 Setelah hampir 15 minggu dalam tempoh perkuliahan, cuti akhirnya tiba...

Selamat menikmati

27.2 hingga 24.3.2023



Monday, February 20, 2023

PeRuNDaNGaN BuRuH

 Bahagian ke-2 Kempen Perundangan dan Realiti Perburuhan di Sabah. Sila saksikan 


Bersama Panel Jemputan:
  1. Puan Engrit Liaw : Setiausaha Agung STIEU (Sabah Timber Industry Employee Union)
  2. Dr. Sharifah Nursyahidah Syed Annuar: UKM
  3. En. Baszley Bee Basrah Bee: UMS


Thursday, February 2, 2023

KeMPeN DaTaNG LaGi

 Setelah berhempas pulas dan di saat akhir, tugasan kempen telah berjaya diadakan dengan jayanya. Tumpuan pada tahun ini adalah berkaitan realiti sebagai perbandingan.

Maklumat lanjut: sila klik