Proses ini merupakan detik awal seseorang untuk bergelar pekerja.
Kaedah dan Siapa yang akan diambil
bekerja adalah merupakan hak pihak majikan.
Namun, terdapat beberapa kes yang menunjukkan bahawa proses
tersebut dijalankan dengan cara yang tidak adil.
Jadi, bagaimanakah Undang Undang Pekerjaan dapat menghalang
senario tersebut?
Perkara ini telah disuarakan oleh pelbagai pihak.
Antaranya adalah oleh WAO
Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) menggesa kerajaan untuk melindungi pemohon kerja daripada diskriminasi, dengan meminda Akta Kerja 1955, Ordinan Buruh Sabah dan Ordinan Buruh Sarawak. Begitunya seruan daripada pertubuhan yang memperjuangkan kesamarataan gender ini.
Sumber: Parti Sosialis Malaysia
Namun begitu, proses pindaan ini mendapat tentangan dari kesatuan majikan atas dasar bahawa pengambilan pekerja adalah suatu keadaan 'pra pekerjaan'. Kenyataan ini menjelaskan bahawa:
"Pekerja perlu terlebih dulu diambil kerja, baru akta itu terpakai. Ia tidak meliputi isu tentang pra-pekerjaan," katanya.
Baca perbezaan ini DI SINI
No comments:
Post a Comment