Sunday, March 29, 2020

Mari Berkempen (MAKLUMAT KERJAYA)


TAJUK: MARI BERKEMPEN (MAKLUMAT KERJAYA)
AHLI KUMPULAN :
1. MOHD WAN NAZRI BIN ASDAR (BA17110407) 
2. MOHAMAD NOOR BIN HUSSAIN (BA17110247) 
3. JULKI BIN MARZUKI (BA17110413) 
4. MAIWON JOHN (BA17110601) 
5. MOHD IQMAL SHAHRUNI (BA17110277) 
6. NA'IMAH AHMAD (BA17160952) 
7. NOOR TASNEEM NOOR HISAM (BA17110516) 
8. NUR SATIRAH BINTI BAKRI (BA17110093) 
9. NURHALIJA BINTI AMIR HASSAN (BA17161057) 
10. SITI ZABIRA BINTI SARAIL (BA17110647) 


Pengenalan
Maklumat kerjaya adalah segala maklumat berkaitan dengan perkerjaan sama ada melalui bahan bercetak, internet dan portal-portal rasmi. Maklumat kerjaya juga merupakan satu susunan maklumat yang teratur bagi membantu individu dalam proses memohon sesebuah pekerjaan.ianya juga merupakan data-data yang sah dan berguna tentang sesuatu pekerjaan seperti senanrai tugas,keperlun pekerjaan dan terma-terma pekerjaan. Maklumat kerjaya juga berkaitan dengan maklumat pribadi, pencapaian akademik dan personality atau lebih dikenali sebagai resume.

Permasalah kajian:
1. masyarakat kurang terdedah dengan portal-portal kerjaya.
2. kegagalan individu dalam menghadapi temuduga.

Persoalan kajian:
1. Adakah masayarakat mengetahui penyediaan resume yang betul ?
2. Apakah  masyarakat mengetahui tatacara dalam menghadapi temuduga?

Objektif kajian:
1. mendedahkan penduduk kampung berkenaan penyediaan resume yang betul.
2. memberi pengetahuan kepada penduduk kampung berkenaan persediaan mengahadapi temuduga.

Kesimpulan:
Berharap agar kempen yang dijalankan mampu  memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap kepentingan dalam persediaan menghadapi temu duga


TAJUK: DISKRIMINASI TERHADAP WANITA DI TEMPAT KERJA

Ringkasan Kajian

Industri di Malaysia pada masa kini dilihat semakin berkembang maju seiring dengan pembangunan negara dalam mencapai status negara maju. Perkembangan sesebuah industri itu sebenarnya amat dipengaruhi oleh kejayaan organisasi tersebut dalam mewujudkan hubungan yang harmoni antara ketiga-tiga aktor iaitu majikan, pekerja dan kerajaan. Keharmonian industri yang diwujudkan oleh sesebuah organisasi tersebut seterusnya akan membantu dalam menangani pelbagai isu industri yang berlaku dalam organisasi tersebut. Salah satu isu yang sering dikaitkan dengan dunia pekerjaan ialah isu diskriminasi. 

Diskriminasi merujuk kepada layanan yang tidak adil dan berat sebelah kepada individu tertentu disebabkan oleh perbezaan yang ketara. Secara umumnya, fokus kajian yang dijalankan oleh para pengkaji ialah berkaitan dengan isu diskriminasi terhadap wanita di tempat kerja. 

Permasalahan Kajian

Merujuk kepada Perkara 1 Konvensyen 1980, terma "diskriminasi terhadap wanita bermakna apa-apa perbezaan, pengecualian atau sekatan yang dibuat dengan tujuan mempunyai kesan atau tujuan melemahkan pengiktirafan, penikmatan atau penguatkuasaan oleh wanita, tanpa mengira status perkahwinan mereka, atas dasar sama rata lelaki dan wanita, hak asasi manusia dan kebebasan diri dalam politik, ekonomi, sosial, budaya atau apa-apa bidang kehidupan yang lain".

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa diskriminasi wanita bermaksud layanan yang berat sebelah dan tidak adil yang diberikan kepada golongan wanita di tempat kerja. Diskriminasi wanita paling banyak berlaku di tempat kerja kerana terdapat perspektif yang memandang golongan wanita sebagai pekerja yang lemah berbanding dengan golongan pekerja lelaki. Oleh itu, kempen ini dijalankan untuk mengetahui lebih dalam berkenaan diskriminasi terhadap wanita di tempat kerja agar isu ini akan lebih diambil berat.

PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah bentuk diskriminasi terhadap wanita di tempat kerja?
2. Apakah punca berlakunya diskriminasi terhadap wanita di tempat kerja?
3. Apakah kesan diskriminasi terhadap wanita di tempat kerja?

OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenalpasti bentuk diskriminasi terhadap wanita di tempat kerja.
2. Mengkaji punca berlakunya diskriminasi terhadap wanita di tempat kerja.
3. Mengenalpasti kesan diskriminasi terhadap wanita di tempat kerja.


AHLI KUMPULAN: 
Siti Aznilah Binti Budeh
Nurhaiqah Binti Ruslan 
Shaal Rinah Wati Binti Hussen 
Doris Jelly
Amilina Maida 
Khairul Fikri Bin Sapar 
Jonathan Jerry bin Iking
Tan Godson
Deirdre Anney Miun

Kumpulan 8 : Pendidikan Perburuhan


Kumpulan 8: Pendidikan Perburuhan
Pendidikan perburuhan adalah salah satu mekanisma yang dilaksanakan ke arah membina warga pekerja dan majikan yang bermaklumat dan berpengetahuan tentang undang-undang perburuhan negara. Aktiviti ini bermatlamat untuk mengurangkan statistik aduan oleh pihak pekerja dan pelanggaran undang-undang buruh oleh pihak majikan di samping memberi kefahaman yang tepat mengenai hak dan kewajipan masing-masing di bawah suatu kontrak perkhidmatan pekerjaan.

Permasalahan kajian

Walaupun pendidikan perburuhan telah banyak dilakukan oleh pihak JTK, namun masih lagi terdapat Masyarakat yang tercicir tentang pendidikan perburuhan ini. Hal ini kerana, jika dilihat terdapat pelbagai majikan khususnya dalam konteks di Sabah yang melanggar undang-undang yang dilaksanakan.Sebagai contoh dalam petikan akhbar Utusan Borneo, JTK telah menjelaskan bahawa terdapat majikan yang membayar gaji pekerja tidak mengikut masa yang ditetapkan. Hal ini menunjukkan kurangnya pengetahuan pekerja mahupun majikan tentang hal-hal yang berkaitan undang-undang perburuhan yang selayaknya. Maka kajian ini dilakukan,bertujuan memberi pendedahan kepada masyrakat tentang undang-undang perburuhan yang sepatutnya agar, sebarang isu tentang pekerjaan yang berlaku dapat diatasi dan mendapat laluan penyelesaian betul.

Persoalan kajian

1. Apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak JTK dalam memberikan pendidikan perburuhan kepada masyarakat awam?

2. Apakah masyarakat benar-benar terdedah tentang pendidikan perburuhan yang dilakukan?


Objektif kajian

 1.Mengenal pasti usaha yang telah dilakukan oleh JTK dalam memberikan pendidikan perburuhan kepada masyarakat awam.
2. Memberi pendedahan kepada golongan sasaran ( masyarakat di sana) tentang pendidikan perburuhan yang telah dilakukan oleh pihak JTK.