Sunday, March 29, 2020

TAJUK: DISKRIMINASI TERHADAP WANITA DI TEMPAT KERJA

Ringkasan Kajian

Industri di Malaysia pada masa kini dilihat semakin berkembang maju seiring dengan pembangunan negara dalam mencapai status negara maju. Perkembangan sesebuah industri itu sebenarnya amat dipengaruhi oleh kejayaan organisasi tersebut dalam mewujudkan hubungan yang harmoni antara ketiga-tiga aktor iaitu majikan, pekerja dan kerajaan. Keharmonian industri yang diwujudkan oleh sesebuah organisasi tersebut seterusnya akan membantu dalam menangani pelbagai isu industri yang berlaku dalam organisasi tersebut. Salah satu isu yang sering dikaitkan dengan dunia pekerjaan ialah isu diskriminasi. 

Diskriminasi merujuk kepada layanan yang tidak adil dan berat sebelah kepada individu tertentu disebabkan oleh perbezaan yang ketara. Secara umumnya, fokus kajian yang dijalankan oleh para pengkaji ialah berkaitan dengan isu diskriminasi terhadap wanita di tempat kerja. 

Permasalahan Kajian

Merujuk kepada Perkara 1 Konvensyen 1980, terma "diskriminasi terhadap wanita bermakna apa-apa perbezaan, pengecualian atau sekatan yang dibuat dengan tujuan mempunyai kesan atau tujuan melemahkan pengiktirafan, penikmatan atau penguatkuasaan oleh wanita, tanpa mengira status perkahwinan mereka, atas dasar sama rata lelaki dan wanita, hak asasi manusia dan kebebasan diri dalam politik, ekonomi, sosial, budaya atau apa-apa bidang kehidupan yang lain".

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa diskriminasi wanita bermaksud layanan yang berat sebelah dan tidak adil yang diberikan kepada golongan wanita di tempat kerja. Diskriminasi wanita paling banyak berlaku di tempat kerja kerana terdapat perspektif yang memandang golongan wanita sebagai pekerja yang lemah berbanding dengan golongan pekerja lelaki. Oleh itu, kempen ini dijalankan untuk mengetahui lebih dalam berkenaan diskriminasi terhadap wanita di tempat kerja agar isu ini akan lebih diambil berat.

PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah bentuk diskriminasi terhadap wanita di tempat kerja?
2. Apakah punca berlakunya diskriminasi terhadap wanita di tempat kerja?
3. Apakah kesan diskriminasi terhadap wanita di tempat kerja?

OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenalpasti bentuk diskriminasi terhadap wanita di tempat kerja.
2. Mengkaji punca berlakunya diskriminasi terhadap wanita di tempat kerja.
3. Mengenalpasti kesan diskriminasi terhadap wanita di tempat kerja.


AHLI KUMPULAN: 
Siti Aznilah Binti Budeh
Nurhaiqah Binti Ruslan 
Shaal Rinah Wati Binti Hussen 
Doris Jelly
Amilina Maida 
Khairul Fikri Bin Sapar 
Jonathan Jerry bin Iking
Tan Godson
Deirdre Anney Miun

No comments:

Post a Comment