Sunday, March 29, 2020

Mari Berkempen (MAKLUMAT KERJAYA)


TAJUK: MARI BERKEMPEN (MAKLUMAT KERJAYA)
AHLI KUMPULAN :
1. MOHD WAN NAZRI BIN ASDAR (BA17110407) 
2. MOHAMAD NOOR BIN HUSSAIN (BA17110247) 
3. JULKI BIN MARZUKI (BA17110413) 
4. MAIWON JOHN (BA17110601) 
5. MOHD IQMAL SHAHRUNI (BA17110277) 
6. NA'IMAH AHMAD (BA17160952) 
7. NOOR TASNEEM NOOR HISAM (BA17110516) 
8. NUR SATIRAH BINTI BAKRI (BA17110093) 
9. NURHALIJA BINTI AMIR HASSAN (BA17161057) 
10. SITI ZABIRA BINTI SARAIL (BA17110647) 


Pengenalan
Maklumat kerjaya adalah segala maklumat berkaitan dengan perkerjaan sama ada melalui bahan bercetak, internet dan portal-portal rasmi. Maklumat kerjaya juga merupakan satu susunan maklumat yang teratur bagi membantu individu dalam proses memohon sesebuah pekerjaan.ianya juga merupakan data-data yang sah dan berguna tentang sesuatu pekerjaan seperti senanrai tugas,keperlun pekerjaan dan terma-terma pekerjaan. Maklumat kerjaya juga berkaitan dengan maklumat pribadi, pencapaian akademik dan personality atau lebih dikenali sebagai resume.

Permasalah kajian:
1. masyarakat kurang terdedah dengan portal-portal kerjaya.
2. kegagalan individu dalam menghadapi temuduga.

Persoalan kajian:
1. Adakah masayarakat mengetahui penyediaan resume yang betul ?
2. Apakah  masyarakat mengetahui tatacara dalam menghadapi temuduga?

Objektif kajian:
1. mendedahkan penduduk kampung berkenaan penyediaan resume yang betul.
2. memberi pengetahuan kepada penduduk kampung berkenaan persediaan mengahadapi temuduga.

Kesimpulan:
Berharap agar kempen yang dijalankan mampu  memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap kepentingan dalam persediaan menghadapi temu duga


TAJUK: DISKRIMINASI TERHADAP WANITA DI TEMPAT KERJA

Ringkasan Kajian

Industri di Malaysia pada masa kini dilihat semakin berkembang maju seiring dengan pembangunan negara dalam mencapai status negara maju. Perkembangan sesebuah industri itu sebenarnya amat dipengaruhi oleh kejayaan organisasi tersebut dalam mewujudkan hubungan yang harmoni antara ketiga-tiga aktor iaitu majikan, pekerja dan kerajaan. Keharmonian industri yang diwujudkan oleh sesebuah organisasi tersebut seterusnya akan membantu dalam menangani pelbagai isu industri yang berlaku dalam organisasi tersebut. Salah satu isu yang sering dikaitkan dengan dunia pekerjaan ialah isu diskriminasi. 

Diskriminasi merujuk kepada layanan yang tidak adil dan berat sebelah kepada individu tertentu disebabkan oleh perbezaan yang ketara. Secara umumnya, fokus kajian yang dijalankan oleh para pengkaji ialah berkaitan dengan isu diskriminasi terhadap wanita di tempat kerja. 

Permasalahan Kajian

Merujuk kepada Perkara 1 Konvensyen 1980, terma "diskriminasi terhadap wanita bermakna apa-apa perbezaan, pengecualian atau sekatan yang dibuat dengan tujuan mempunyai kesan atau tujuan melemahkan pengiktirafan, penikmatan atau penguatkuasaan oleh wanita, tanpa mengira status perkahwinan mereka, atas dasar sama rata lelaki dan wanita, hak asasi manusia dan kebebasan diri dalam politik, ekonomi, sosial, budaya atau apa-apa bidang kehidupan yang lain".

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa diskriminasi wanita bermaksud layanan yang berat sebelah dan tidak adil yang diberikan kepada golongan wanita di tempat kerja. Diskriminasi wanita paling banyak berlaku di tempat kerja kerana terdapat perspektif yang memandang golongan wanita sebagai pekerja yang lemah berbanding dengan golongan pekerja lelaki. Oleh itu, kempen ini dijalankan untuk mengetahui lebih dalam berkenaan diskriminasi terhadap wanita di tempat kerja agar isu ini akan lebih diambil berat.

PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah bentuk diskriminasi terhadap wanita di tempat kerja?
2. Apakah punca berlakunya diskriminasi terhadap wanita di tempat kerja?
3. Apakah kesan diskriminasi terhadap wanita di tempat kerja?

OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenalpasti bentuk diskriminasi terhadap wanita di tempat kerja.
2. Mengkaji punca berlakunya diskriminasi terhadap wanita di tempat kerja.
3. Mengenalpasti kesan diskriminasi terhadap wanita di tempat kerja.


AHLI KUMPULAN: 
Siti Aznilah Binti Budeh
Nurhaiqah Binti Ruslan 
Shaal Rinah Wati Binti Hussen 
Doris Jelly
Amilina Maida 
Khairul Fikri Bin Sapar 
Jonathan Jerry bin Iking
Tan Godson
Deirdre Anney Miun

Kumpulan 8 : Pendidikan Perburuhan


Kumpulan 8: Pendidikan Perburuhan
Pendidikan perburuhan adalah salah satu mekanisma yang dilaksanakan ke arah membina warga pekerja dan majikan yang bermaklumat dan berpengetahuan tentang undang-undang perburuhan negara. Aktiviti ini bermatlamat untuk mengurangkan statistik aduan oleh pihak pekerja dan pelanggaran undang-undang buruh oleh pihak majikan di samping memberi kefahaman yang tepat mengenai hak dan kewajipan masing-masing di bawah suatu kontrak perkhidmatan pekerjaan.

Permasalahan kajian

Walaupun pendidikan perburuhan telah banyak dilakukan oleh pihak JTK, namun masih lagi terdapat Masyarakat yang tercicir tentang pendidikan perburuhan ini. Hal ini kerana, jika dilihat terdapat pelbagai majikan khususnya dalam konteks di Sabah yang melanggar undang-undang yang dilaksanakan.Sebagai contoh dalam petikan akhbar Utusan Borneo, JTK telah menjelaskan bahawa terdapat majikan yang membayar gaji pekerja tidak mengikut masa yang ditetapkan. Hal ini menunjukkan kurangnya pengetahuan pekerja mahupun majikan tentang hal-hal yang berkaitan undang-undang perburuhan yang selayaknya. Maka kajian ini dilakukan,bertujuan memberi pendedahan kepada masyrakat tentang undang-undang perburuhan yang sepatutnya agar, sebarang isu tentang pekerjaan yang berlaku dapat diatasi dan mendapat laluan penyelesaian betul.

Persoalan kajian

1. Apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak JTK dalam memberikan pendidikan perburuhan kepada masyarakat awam?

2. Apakah masyarakat benar-benar terdedah tentang pendidikan perburuhan yang dilakukan?


Objektif kajian

 1.Mengenal pasti usaha yang telah dilakukan oleh JTK dalam memberikan pendidikan perburuhan kepada masyarakat awam.
2. Memberi pendedahan kepada golongan sasaran ( masyarakat di sana) tentang pendidikan perburuhan yang telah dilakukan oleh pihak JTK.




KUMPULAN 4

 PENGENDALIAN KES BURUH

Pengenalan
Kes buruh melibatkan dua isu iaitu:

  1. Kes Aduan Pekerja
  2. Kes Tuntutan Pekerja

Permasalahan Kajian

  1. Pekerja kurang peka dengan cara melaporkan kes buruh
  2. Kebanyakan pekerja tidak mengetahui tentang kes-kes yang telah banyak diselesaikan dan mendapat keadilan.

Persoalan kajian

  1. Adakah para pekerja tahu tentang proses untuk melaporkan kes salah laku majikan dan tuntutan hak pekerja ke peringkat JTK san JPP?
  2. Adakah masyarakat pekerja tahu mengenaik kejayaan JTK dan JPP dalam menyelesaikan kes-kes berkaitan buruh?

Objektif Kajian

  1. Memaklumkan kepada para pekerja tentang kes-kes yang boleh dilaporkan kepada pihak JTK dan JPP.
  2. Mendedahkan masyarakat pekerja terhadap tatacara dan proses tuntutan kes buruh.
  3. Memaklumkan kepada masyarakat pekerja tentang beberapa kes yang telah berjaya dikendalikan serta mendapat keadilan untuk meningkatkan kepercayaan mereka terhadap JTK dan JPP dalam mengendalikan kes buruh.
Penutup
Sehubungan dengan itu, kempen ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap kepentingan pengendalian kes buruh dan proses untuk melakukan aduan dan tuntutan.

TAJUK : GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA

Ringkasan Kajian :

Gangguan seksual merupakan salahlaku yang sangat serius di tempat kerja sehinggakan boleh menyebabkan berlakunya pemecatan kerja kepada pelakunya dan merupakan satu penghinaan kepada mangsa yang mengalaminya. Di Malaysia, terdapat beberapa kes yang telah dirujuk ke Mahkamah Perusahaan salah satunya perbuatan seorang pekerja yang menggunakan kedudukan atau pangkatnya sebagai penyelia untuk mengambil kesempatan untuk menganggu dan mengacau kakitangan di bawah penyeliaanya. Kes dirujuk oleh pengadu iaitu penganggu berasa tidak berpuas hati kerana ditamatkan perkhidmatannya atas sebab membuat gangguan seksual pekerja bawahannya (Mahkamah Perusahaan Malaysia, Award No. 540/1998). Malahan jika pihak majikan membiarkan perbuatan ini berleluasa dalam organisasi, mangsa-mangsa yang mengalami gangguan seksual boleh menganggapnya sebagai satu kesalahan dan melanggar kontrak pekerjaan. 

Secara umumnya, kajian yang dilakukan oleh para pengkaji akan memfokuskan tentang sejauhmana persepsi pekerja dan majikan terhadap isu gangguan seksual di tempat kerja. Gangguan seksual merupakan satu perbuatan yang negatif di tempat kerja. Namun, sejauhmanakah seseorang itu faham akan konsep gangguan seksual ini? Terutamanya dalam kalangan pekerja wanita di tempat kerja. Apabila disebut berkenaan isu gangguan seksual sahaja, sudah pastinya golongan pekerja wanita yang menjadi tumpuan dan pelakunya adalah dalam kalangan pekerja lelaki. Isu gangguan seksual ini sebenarnya telah lama berlaku samada dalam organisasi mahupun institusi pengajian tinggi.

Berdasarkan masalah gangguan seksual ini, maka kempen ini dijalankan. Oleh itu, kempen ini dijalankan untuk mengetahui persepsi dan kesedaran majikan dan pekerja dalam isu berkaitan dengan gangguan seksual sama ada dalam kalangan wanita atau lelaki. Bentuk-bentuk atau jenis gangguan seksual juga dapat dijelaskan dalam kempen ini agar pekerja dan majikan dapat mengetahui dan sedar bahawa hanya dengan bersentuhan sahaja mampu mencetuskan isu gangguan seksual. Akhir sekali, kempen ini adalah untuk menyedarkan pihak pengurusan berkaitan dengan langkah untuk mengatasi gangguan seksual di tempat kerja.

Persoalan Kajian ini adalah :
1. Apakah persepsi pekerja dan majikan terhadap isu gangguan seksual dan sejauhmanakah kesedaran mereka terhadap isu tersebut?
2. Apakah bentuk-bentuk gangguan seksual yang dikenalpasti pernah berlaku di tempat kerja mereka?
3. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak pengurusan bagi membendung masalah gangguan seksual di tempat kerja?

Objektif Kajian ini adalah :
1. Mengenalpasti persepsi dan kesedaran majikan dan pekerja berkaitan gangguan seksual di tempat kerja.
2. Mengenalpasti bentuk-bentuk gangguan seksual yang berlaku di tempat kerja.
3. Mengetahui langkah yang diambil pihak pengurusan bagi menangani isu gangguan seksual di tempat kerja.

Kumpulan 5 : Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670)


Isu pemerdagangan manusia merupakan scenario serius yang melanda dunia secara global. Pemerdagangan manusia juga berada di tahap yang semakin membimbangkan dengan anggaran hampir 2.5 juta manusia dari 127 buah negara telah diperdagangkan di seluruh dunia (Mohd Bakri, 2010).


Pemerdagangan manusia terdiri daripada beberapa bentuk. Antaranya termasuklah eksploitasi seks, buruh terikat, pengabdian domestic secara paksa, penjualan organ dan pemerdagangan bayi. Eksploitasi seks biasanya melibatkan mangsa pemerdagangan manusia yang ditipu dengan janji mendapat pekerjaan yang bergaji lumayan namun kemudiannya dipaksa melacurkan diri manakala buruh terikat pula melibatkan mangsa pemerdagangan manusia yang diseludup secara haram dan dimanipulasi sepenuhnya untuk bekerja di bawah pengawasan yang ketat serta kadang kala tidak dibayar gaji (Wan Abdul Halim, 2015). 

ahli kumpulan: Mohd Syazwan Arif, Muhammad Aiman Daniel, Levindran, Mohd Firdaus, Mad Fazri, Shazilda, Zul Amirul Asraf dan Zulkepli

HA12 Notice Board

Welcome to this blog.
Here the notice board for student of
INDUSTRIAL RELATIONS PROGRAM
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

This specially to promote and enhance the
visibility of student around the globe.