Ringkasan Kajian :
Gangguan
seksual merupakan salahlaku yang sangat serius di tempat kerja sehinggakan
boleh menyebabkan berlakunya pemecatan kerja kepada pelakunya dan merupakan
satu penghinaan kepada mangsa yang mengalaminya. Di Malaysia, terdapat beberapa
kes yang telah dirujuk ke Mahkamah Perusahaan salah satunya perbuatan seorang
pekerja yang menggunakan kedudukan atau pangkatnya sebagai penyelia untuk
mengambil kesempatan untuk menganggu dan mengacau kakitangan di bawah
penyeliaanya. Kes dirujuk oleh pengadu iaitu penganggu berasa tidak berpuas
hati kerana ditamatkan perkhidmatannya atas sebab membuat gangguan seksual
pekerja bawahannya (Mahkamah Perusahaan Malaysia, Award No. 540/1998). Malahan
jika pihak majikan membiarkan perbuatan ini berleluasa dalam organisasi,
mangsa-mangsa yang mengalami gangguan seksual boleh menganggapnya sebagai satu
kesalahan dan melanggar kontrak pekerjaan.
Secara
umumnya, kajian yang dilakukan oleh para pengkaji akan memfokuskan tentang
sejauhmana persepsi pekerja dan majikan terhadap isu gangguan seksual di tempat
kerja. Gangguan seksual merupakan satu perbuatan yang negatif di tempat kerja.
Namun, sejauhmanakah seseorang itu faham akan konsep gangguan seksual ini?
Terutamanya dalam kalangan pekerja wanita di tempat kerja. Apabila disebut
berkenaan isu gangguan seksual sahaja, sudah pastinya golongan pekerja wanita
yang menjadi tumpuan dan pelakunya adalah dalam kalangan pekerja lelaki. Isu
gangguan seksual ini sebenarnya telah lama berlaku samada dalam organisasi
mahupun institusi pengajian tinggi.
Berdasarkan
masalah gangguan seksual ini, maka kempen ini dijalankan. Oleh itu, kempen ini
dijalankan untuk mengetahui persepsi dan kesedaran majikan dan pekerja dalam
isu berkaitan dengan gangguan seksual sama ada dalam kalangan wanita atau
lelaki. Bentuk-bentuk atau jenis gangguan seksual juga dapat dijelaskan dalam
kempen ini agar pekerja dan majikan dapat mengetahui dan sedar bahawa hanya
dengan bersentuhan sahaja mampu mencetuskan isu gangguan seksual. Akhir sekali,
kempen ini adalah untuk menyedarkan pihak pengurusan berkaitan dengan langkah
untuk mengatasi gangguan seksual di tempat kerja.
Persoalan Kajian ini adalah :
1. Apakah persepsi pekerja dan majikan
terhadap isu gangguan seksual dan sejauhmanakah kesedaran mereka terhadap isu
tersebut?
2. Apakah bentuk-bentuk gangguan seksual
yang dikenalpasti pernah berlaku di tempat kerja mereka?
3. Apakah langkah-langkah yang telah diambil
oleh pihak pengurusan bagi membendung masalah gangguan seksual di tempat kerja?
Objektif Kajian ini adalah :
1. Mengenalpasti persepsi dan kesedaran
majikan dan pekerja berkaitan gangguan seksual di tempat kerja.
2. Mengenalpasti bentuk-bentuk gangguan
seksual yang berlaku di tempat kerja.
3. Mengetahui langkah yang diambil pihak
pengurusan bagi menangani isu gangguan seksual di tempat kerja.
No comments:
Post a Comment