1. Jalaludin Bin Abd Jalil
2. Muhd Irfan Bin Sarin
3. Mohd Fazreen Bin Mohd Johan
4. Elysha Airul Ain Binti Jory Sham
5. Lee Shir Woei
6. Nadzirah Hj Mohd Saidin
7. Nurul Alyani Binti Alif
8. Mohd Saiful Bin Zaidi
Khidmat nasihat merupakan salah satu perkhidmatan utama Jabatan yang diberikan secara percuma kepada para pelanggan jabatan yang terdiri daripada pihak majikan, pekerja serta orang awam berhubung sebarang permasalahan atau kemusykilan mengenai hak-hak pekerja dan kewajipan majikan di bawah undang-undang statutori perburuhan.
PERMASALAHAN KAJIAN
Aziz (1993) mendefinisikan kaunseling sebagai proses seorang kaunselor menolong individu-individu secara memberi bimbingan dan nasihat bagi membuat pilihan atau keputusan sendiri untuk mencapai sesuatu matlamat. Pekerja hari ini memerlukan kaunseling baik yang bekerja di sektor kerajaan, swasta mahupun yang bekerja sendiri. Keperluan terhadap pentingnya fungsi dan peranan kaunseling tidak boleh dinafikan lagi (Mansur, 1998). Tambahan pula, pekerja di pelbagai peringkat seperti pengurusan atasan, pertengahan mahu pun d peringkat bawahan sering menghadapi pelbagai masalah dalam pekerjaan. Antara masalah-masalah yang biasa dihadapi ialah masalah stress, hubungan majikan dan pekerja, prestasi pekerjaan yang merosot, low self esteem, dan kegagalan dalam berkomunikasi (Robin, 1998).
Dalam kajian ini, masalah-masalah yang timbul inilah yang menyebabkan seseorang pekerja, majikan, mahu pun orang awam memerlukan bantuan dari segi rawatan kaunseling berhubung dengan sebarang permasalahan atau kemusykilan mengenai hak-hak pekerja dan kewajipan majikan dibawah undang-undang statutori perburuhan. Justeru itu, penyediaan perkhidmatan khidmat nasihat atau bentuk terapi kaunseling perlu dilaksanakan dan amat digalakkan untuk merawat pekerja, majikan atau orang awam yang mengalami masalah-masalah tersebut.
1. Bagaimanakah bentuk khidmat nasihat yang dapat diberikan kepada majikan dan pekerja yang menghadapi permasalahan dalam organisasi?
2. Sejauhmanakah proses khidmat nasihat dapat membantu para pekerja dan majikan yang menghadapi masalah dan kesulitan dalam organisasi?
3. Sejauhmanakah bentuk cabaran yang dihadapi ketika mengendalikan proses khidmat nasihat kepada para majikan dan pekerja?
OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenalpasti jenis khidmat nasihat yang disediakan oleh pihak Jabatan Tenaga Kerja
2. Mengkaji proses kemudahan khidmat nasihat terhadap pekerja pekerja di Malaysia
3. Mengenalpasti cabaran dalam mengendalikan kemudahan khidmat nasihat di Malaysia
KAEDAH KAJIAN
Didalam penyelidikan ini, penyelidik menggunakan Kaedah Kualitatif. Pengkaji memilih kaedah kajian kualitatif atas dasar-dasar tertentu, iaitu mengkaji secara terperinci mengenai sesuatu topik atau isu. Maklumat atau informasi yang diperlukan berdasarkan objektif kajian lebih jelas dan mudah untuk diperolehi kerana pengkaji akan bertemu secara lansung dengan responden.
1)TEMUBUAL
Dalam kajian ini pengkaji menggunakan teknik temubual mendalam iaitu temubual secara terperinci berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan dan apa-apa yang disampaikan oleh responden merupakan data penting dalam kajian. Temubual mendalam bersifat luas, terbuka, tidak terstruktur, dan tidak semestinya bersifat tetap.
2) PENYELIDIKAN PERPUSTAKAAN
Pengkaji juga mengumpul data melalui penyelidikan perpustakaan. Penyelidikan perpustakaan termasuklah pengumpulan data melalui analisis dokumen. Analisis dokumen adalah pecahan kaedah pengumpulan data penyelidikan daripada analisis kandungan yang merupakan huraian objektif terhadap mesej komunkasi yang telah dicetak, disiarkan atau digambarkan. Analisis dokumen misalnya melalui pelbagai sumber rujukan seperti jurnal, buku-buku, internet dan sebagainya.
KESIMPULAN
Secara kesimpulan, khidmat nasihat merupakan suatu perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Tenaga Kerja kepada pihak majikan, pekerja atau pihak yang berkaitan. Khidmat nasihat ini bertujuan untuk mengurangkan pelanggaran undang-undang atau mengurangkan aduan oleh pihak pekerja dan majikan. Selain itu, khidmat nasihat ini juga dapat memberi kefahaman mengenai hak dan kewajipan masing-masing di bawah kontrak perkhidmatan pekerjaan. Perkhidmatan ini adalah percuma dan pihak yang berkaitan dengan hak-hak atau kewajipan maijkan atau pekerja boleh mendapatkan khidmat nasihat secara langsung di Pejabat Tenaga Kerja di seluruh negara