Selain majikan, semua yang bekerja boleh dianggap sebagai pekerja dan mereka tergolong dalam pelbagai jenis pekerjaan.
Namun begitu, dalam konteks perundangan, penentuan pekerja boleh dilakukan dengan menggunakan beberapa alat kawalan. Antaranya ialah dengan melihat kepada kontrak perkhidmatan.
Lebih dari itu, apakah tahap kesedaran para pekerja berkaitan perlindungan dan hak mereka dalam undang-undang pekerjaan?
Contoh kajian berkaitan kesedaran pekerja:
TAHAP KESEDARAN PEKERJA HUBUNGANNYA DENGAN
SALAH LAKU GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA
Khairunesa Isa1
, Sazali Samad 2
1Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
nesa@uthm.edu.my
2Universiti Teknologi Malaysia
Matlamat utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kesedaran pekerja SAJ
Holding Sdn. Bhd. Terhadap takrifan gangguan seksual di tempat kerja. Selain itu di
harapkan hasil kajian ini dapat membantu pihak syarikat dalam meningkatkan tahap
kesedaran seksual di kalangan pekerjanya supaya pekerja lebih yakin dengan langkahlangkah yang diambil oleh majikan dan seterusnya dapat menjamin suasana yang bebas
dan selamat dari aspek gangguan seksual di tempat kerja.
Kajian ini mendapati bahawa:
(i) Mengenalpasti hubungan antara tahap kesedaran pekerja dari sudut takrifan gangguan
seksual dengan faktor umur, pengalaman kerja, jawatan dan jantina di tempat kerja.
Analisis Korelasi Pearson telah di gunakan untuk melihat hubungan ini. Dapatan
menunjukkan wujudnya hubungan antara kesedaran pekerja dari segi takrifan gangguan
seksual dengan faktor umur, pengalaman kerja, jawatan kerja. Mana kala hubungan bagi
faktor jantina dengan kesedaran terhadap takrifan gangguan seksual adalah negatif dan
lemah. Walau pun wujudnya hubungan antara faktor umur, pengalaman kerja, jawatan
dan jantina dengan kesedaran pekerja terhadap takrifan gangguan seksual namun semua
hubungan tidak mempunyai hubungan yang signifikan
(ii) Mengenal pasti tahap kesedaran pekerja SAJ Holding Sdn. Bhd.
terhadap gangguan seksual di tempat kerja.
Dapatan menunjukkan bahawa majoriti responden tidak sedar dan tidak faham dengan
Kod Amalan untuk mencegah dan membasmi gangguan seksual di tempat kerja yang
diperkenalkan oleh Kementerian Sumber Manusia. Purata skor min bagi elemen ini
berada pada tahap yang rendah iaitu 2.15. Sebahagian besar responden tidak pernah
(59.3%) mendengar mengenai Kod Amalan untuk mencegah dan membasmi gangguan
seksual di tempat kerja.
SUMBER; KLIK SINI
Begitulah keadaannya, mungkinkah keadaan yang sama turut berlaku di tempat lain?
No comments:
Post a Comment