Pendakwaan dan Kompaun
Ahli Kumpulan 3
Asrinah
Salleh, Blminah Ali, Nadzlina
Mohamadjid, Nor
Khalidah Khalid, Norshuhaila
Samsudin, Nurul
Sahkirah Abd Rahman, Siti
Harisah Binti Abdul Rahman ,Siti
Zulaika Binti John
Pengenalan
Menurut Akta kerja 1955 Seksyen 101A,
mana-mana kesalahan yang dilakukan di bawah akta dan peraturan ini boleh
dikompaun setelah mendapat izin daripada pendakwa raya. Sehubungan itu,
Pendakwaan ialah merupakan satu perbuatan mendakwa yang mana di setiap sudut
undang-undang di Malaysia mempunyai sebuah unit pendakwaan dan berperanan untuk
mengemukakan orang yang tertangkap atau orang yang melakukan kesalahan bagi
dihadapkan ke mahkamah. Manakala, kompaun merupakan denda yang dibayar dengan
tidak perlu melalui pendakwaan di mahkmah ataupun kedua-duanya sekali. Perkara
ini turut di sentuh dalam beberapa seksyen Akta kerja 1955, Akta Majlis
Perundingan gaji negara dan Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan
Pekerja. Peruntukan ini juga turut terdapat dalam Ordinan Buruh Sabah, Bab 67.
Permasalahan kajian
Beberapa permasalahan berkaitan iaitu kemungkinan terdapatnya situasi berikut:
- Masyarakat kurang pendedahan akan undang-undang mengenai pendakwaan dan kompaun.
- Masyarakat kurang pendedahan mengenai isu-isu mengenai pendakwaan dan kompaun.
- Kegagalan majikan dalam mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.
Persoalan
Kajian
- Apakah isu-isu yang berkaitan dengan pendakwaan dan kompaun?
- Apakah undang-undang yang termaktub bagi isu kesalahan pendakwaan dan kompaun
- Apakah perkaitan isu-isu pendakwaan dan kompaun dengan Ordinan Buruh Sabah (Bab 67)
Objektif
Kajian
- Mengenalpasti isu-isu yang berkaitan dengan pendakwaan dan kompaun.
- Mengkaji undang-undang yangg termaktub bagi kesalahan pendakwaan dan kompaun.
- Mengenalpasti perkaitan isu-isua pendakwaan dan kompaun dengan Ordinan Buruh Sabah (Bab 67)
No comments:
Post a Comment